Monday, February 12, 2007

selamilah!


Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelakiyang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiranSiti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yangAbang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnyaitu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan sayamenenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yangberisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertamaitu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harusmemberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu,dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'temanbaik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu "

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untukmenceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakanSiti." Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetapi inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jikaSiti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.::(

Friday, January 26, 2007

renungkanlah...

Satu penjelasan terbaik kenapa Allah memberi kesakitan & penderitaan seperti yg telah kita lihat:

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut & janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak & bercakap mengenai banyak perkara.tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah,barber itu pun berkata,

''Saya tidak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

''Cuba kamu keluar di tengah jalan itu & tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak - kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan & keperitan hidup dalam dunia ni. saya tidak dapat bayangkan Allah yg Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku?”.

Si lelaki itu pun b'fikir sejenak. tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pentengkaran. selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi t'nampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor & janggut tidak t'urus. si lelaki tadi pun berpatah balik & pergi semula ke kedai gunting rambut tadi & berkata:

''Kamu tahu tidak yang sebenarnya barber jugak tidak wujud?''
''Kenapa kamu kata macam tu? sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi'' kata barber.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.

''Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yg berambut panjang tidak terurus serta janggut yang panjang & kotor macam lelaki di tepi jalan itu''.

''Ah! barber memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!'' kata barber.
''Tepat sekali!'' kata si lelaki tadi.

That's the point! Allah jugak wujud. itulah yang terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya & kembali padanya untuk memohon pertolongan.

Wednesday, January 24, 2007

Ingatan Sesama Kita

Ingatan dan doa buat teman2 yg sedang asyik memadu kasih...semoga kita tak terlupa PENCINTA kita yg benar2 sejati...
  • Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh salingbantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok,bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang MahaPencipta!
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul.Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa!Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya. Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati,bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh!berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah,ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti. Amin!!

Tuesday, January 23, 2007

hari kedua!

semuar seperti biasa... kedatangan pun cam biasa. lewat lagilah biasa. nak wat camaner, sikap manusia...

Thursday, January 18, 2007

hujan itu tandanya rahmat!

sejuk! terketar-ketar mengawal motor. ingat mahu pulang ke rumah asal tetapi terpaksa juga singgah. habis lencun! hahaha! peluang bermain hujan ini begitu seronok sekali!