Thursday, July 3, 2008

sepi dan hancock

Semalam aku menonton filem 'Sepi' dan arini 'Hancock'. Apa yang meneyebabkan aku tertarik untuk menonton kedua filem tersebut mungkin kerana berjayanya 'trailer' mereka mempengaruhi minda dan kewarasan aku sekaligus mengizinkan tangan aku untuk menekan punat-punat nombor di mesin atm bagi membolehkan pekerja kaunter tiket di tgv melaksanakan tugasnya untuk menyiatkan pada aku sekeping tiket yang kemudian aku hulur pada staff di laluan masuk panggung. Aku suka adunan dalam 'Sepi' yang tidak banyak memerlukan hamburan air liur seperti kebanyakkan filem-filem 'kita wajah kita' ini. Visualnya tampak mesra dan menarik mata untuk melihat. Kekuatan yang ada pada visualnya cukup memberi kesan. Filem bukanlah drama bersiri atau telemovie yang biasa kita lihat di saluran percuma. Apa yang aku ingin ceritakan ialah tentang 'sepi'. Secara dasarnya yang aku faham tentang filem 'Sepi' lebih kepada aktiviti cinta 3 segi. Apabila salah seorang wataknya tidak mencapai objektif untuk bercinta dengan orang yang menjadi kemahuannya, watak itu adalah watak yang kononya 'sepi'... apa kena mengena pulak dengan 'Hancock'? Hero ciptaan yang memaparkan sisi nakal seorang yang digelar hero. Pada aku Hancock ini lebih 'sepi' dari filem 'Sepi'. Sepi Hancock ini adalah dia tidak tahu dirinya, asalnya, kehidupannya, kekuatannya. Walaupun dia gagah dan kuat tapi masih juga 'sepi' kerana orang sekeliling tidak mahu untuk menerima kehadiran seorang wira yang mabuk dan menyusahkan. Mungkin kerana 'hancock' ini dinyawakan oleh seorang aktor yang hebat. Percayalah, watak 'Hancock' ini lebih sepi sebenarnya...:sorry:

0 sapaan & teguran:

Post a Comment